Site icon TechNave BM

TikTok sedang bangunkan fungsi “Nearby” untuk bantu anda tonton video oleh orang tempatan

Perkhidmatan media sosial TikTok kini sedang menguji sebuah fungsi baharu yang akan menyiarkan kategori video baharu kepada para penggunanya. Ciri ini bernama Nearby (berdekatan) dan ia akan menunjukkan video yang sedang dalam trend (trending) di kalangan pencipta video tempatan.

Buat masa ini, TikTok sedang menawarkan fungsi Nearby kepada beberapa pengguna terpilih di Asia Tenggara. Pengguna yang menyertai ujian untuk fungsi ini akan mempunyai feed tab baharu di samping Following dan For You dalam laman utama aplikasi tersebut.

Selain membantu pencipta video tempatan, fungsi Nearby bertujuan untuk bantu pengguna mencari acara atau lokasi menarik di sekeliling mereka. TikTok juga sedang menguji fungsi untuk membenarkan pengguna meletakkan tanda lokasi (location tags) dalam video mereka bagi mengukuhkan fungsi Nearby.

Fungsi ini hampir serupa seperti Snap Map dalam Snapchats serta Searchable Map dalam Instagram yang mengetengahkan kandungan daripada orang tempatan.

Adakah anda berminat dengan fungsi ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: TechCrunch

Exit mobile version