TikTok merupakan satu platform untuk pengguna di seluruh dunia dan turut dikenali oleh rakyat Malaysia. Kini, terdapat berita mengatakan mereka sedang mengumpulkan data penjual tempatan untuk memperkenalkan TikTok Shop tidak lama lagi.
Penjual boleh menjual produk mereka untuk pengguna membeli terus tanpa meninggalkan aplikasi TikTok seperti beberapa platforn dalam talian termasuk Shopee. Untuk permulaan, TikTok Shop akan menawarkan sokongan penghantaran percuma dalam dua kategori iaitu “Ship by TikTok” atau “Ship by Seller”.
TikTok Shop akan mendapat fungsi carian di dalam aplikasi dan di siar secara langung. Ikon khas akan ditambah pada halaman profil kepada pengguna yang mempunyai TikTok Shop untuk pengguna lain menyemak produk yang dijual melalui tab berkenaan.
Terdapat beberapa mod pembayaran yang disediakan termasuk tunai semasa penghantaran (COD) dengan had sehingga RM10,000 pada TikTok Shop Malaysia. Mengikut hasil jualan di beberapa negara lain, keputusannya agak tinggi berbanding platform yang lain.
Rakyat Malaysia boleh mula mendaftar untuk TikTokShop pada hari ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

