Site icon TechNave BM

TikTok uji ciri video mendatar, mungkin beri ‘ancaman’ kepada YouTube

Apabila bercakap mengenai TikTok, kebanyakan pengguna akan merakam video secara menegak. Oleh kerana TikTok juga rakaman video menegak telah menjadi trending. Menurut berita terkini, organisasi pembangunan TikTok sedang memilih pengguna dari seluruh dunia untuk menguji fungsi memainkan video mendatar pada skrin penuh.

Apabila pengguna yang dipilih menemui video segi empat sama yang dirakam secara mendatar, butang pilihan skrin penuh akan muncul pada antara muka untuk memainkan video secara mendatar. Dengan perubahan ini, pencipta TikTok tidak perlu lagi mengingatkan penonton untuk memutarkan telefon sebelum menonton video mereka.

Ciri ini masih dalam ujian dan kami masih tidak tahu sama ada ia akan dilancarkan pada masa hadapan atau tidak. Ia bergantung kepada maklum balas daripada pengguna selepas percubaan. Jika mendapat maklum balas yang baik, ia dijangka menimbulkan ancaman persaingan kepada YouTube. Adakah anda ingin TikTok mempunyai ciri ini?

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Engadget

Exit mobile version