Site icon TechNave BM

TIME Malaysia siarkan iklan 2Gbps di bandar KL sebelum pengumumannya esok

Beberapa hari lalu, TIME Malaysia telah mendedahkan sesuatu yang bakal tiba pada 7 Oktober 2022. Segelintir membuat jangkaan bahawa mungkin memperkenalkan pelan pakej 2Gbps baharu. 

Menurut media, TIME Malaysia telah mengeluarkan iklan mengenai 2Gbps di hadapan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) tidak lama dahulu. Seperti yang dilihat dalam imej di bawah, syarikat itu sedang menguji tiga video pengiklanan yang berbeza pada panel skrin gergasi itu. Pada masa yang sama, nampaknya TIME juga akan menggunakan logo baharu.

Namun, belum ada pengumuman harga dan maklumat mengenai berita ini akan diberitahu esok. Untuk pengetahuan anda, pelan pakej 1Gbps adalah RM199 sebulan tetapi bagi pengguna baharu, ia berharga RM149 sebulan untuk enam bulan pertama. Pakej terendah adalah 100Mbps pada harga RM99 sebulan.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version