Site icon TechNave BM

TIME tawarkan pelan 2Gbps bermula di Mont Kiara, Segambut dan Desa Park City

Sebelum ini, kami melaporkan video iklan 2Gbps oleh TIME Malaysia di Kuala lumpur City Centre (KLCC) di mana pelan tersebut dilancarkan pada 7 Oktober 2022, hari ini. Kini, syarikat itu telah mengumumkan pelan dan harga bagi pakej 2Gbps 

Seperti yang anda lihat dari imej di bawah, pelan 2Gbps berharga RM379 sebulan menawarkan penghala WiFi 6 2Gbps dan dua kali nod jaringan WiFi 6. Ia boleh dipesan dalam talian melalui laman web rasmi TIME dan pelanggan akan diberi ganjaran Touch ‘n Go eWallet kredit RM200.

Selain itu, TIME juga telah berkongsi dengan media bahawa ia akan melakukan pemasangan pada hari yang sama jika pelanggan mendaftar untuk pelan baharu sebelum 10 pagi bergantung pada lokasi mereka.

Buat masa ini, tawaran ini terhad untuk beberapa lokasi iaitu Mont KiaraSegambut dan Desa Park City. Ini disebabkan oleh keperluan naik-taraf infrastruktur dalam dapat menampung kelajuan berkenaan. Maka, proses naik-taraf infrastruktur ini sedang dilakukan secara berperingkat.

Ketahui lebih lanjut mengenai pelan ini di laman web TIME. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version