Site icon TechNave BM

Tingkatkan mutu audio headphone Logitech anda dengan… mengambil gambar telinga anda?

Jenama perkakas gaming Logitech G telah melancarkan sebuah aplikasi unik untuk menambah baik mutu audio yang dihasilkan daripada headphone mereka. Logitech G bekerjasama dengan Embody, sebuah syarikat audio sekeliling (spatial), untuk menghasilkan aplikasi bernama Immerse dalam menghasilkan audio yang merupai bunyi-bunyi sebenar sebaik mungkin.

Immerse berfungsi dengan mengambil gambar telinga kanan anda, lalu menggunakan algoritma pembelajaran mesin (machine learning) dan sains data untuk menghasilkan pengalaman pendengaran yang tersendiri untuk setiap pengguna.

Buat masa ini, perkhidmatan Immerse disediakan dalam bentuk bayaran langganan bermula dengan US$2.99 sebulan. Walau bagaimanapun jika anda berminat untuk mencubanya terlebih dahulu, tempoh percubaan percuma selama 14 hari juga disediakan.

Immerse berfungsi dengan hampir kesemua model headphone Logitech G. Beritahu kami di Facebook jika anda sudah pun mencuba aplikasi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Logitech Blog

Exit mobile version