Site icon TechNave BM

Tingkatkan pembelajaran anak anda dengan Samsung Galaxy Tab A9 dan Tab A9+!

Pembelajaran anak-anak amat penting, namun agak sukar untuk menarik dan mengekalkan minat mereka. Oleh itu,Samsung Galaxy Tab A9 dan Tab A9+ bukan sahaja memenuhi tugas harian anda tetapi juga membuat pembelajaran menjadi pengalaman yang menyeronokkan dan menarik untuk anak-anak anda. Namun, bagaimanakah kedua-dua tablet ini dapat membantu?

Reka Bentuk Yang Memikat: Estetika Memenuhi Kefungsian

Siri Galaxy Tab A9 mempunyai reka bentuk yang menarik dan praktikal. Dataran kamera yang rata dan berseni, badan dalam kemasan matte dan sudut modular yang bersih mempamerkan identiti Galaxy dengan kecanggihan. Terdapat tiga pilihan warna dengan tekstur licin iaitu Mystic Navy, Graphite dan Mystic Silver.

Hiburan untuk Minda Muda: Pengalaman Pembelajaran Mengasyikkan

Galakkan imaginasi anak anda dengan skrin yang lebih besar dan berkualiti tinggi. Tab A9+ menawarkan paparan 11 inci dengan kadar penyegaran semula 90Hz dan kecerahan maksimum 570 nits, memastikan pemandangan yang lebih mendalam dan semula jadi. Quad Speakers Surrounded Sound (eksklusif untuk Tab A9+) menyampaikan bunyi berkualiti sinematik, mencipta pengalaman seperti realiti.

Sambungan 5G Hyper-Pantas: Pembelajaran Tanpa Gangguan

Dayakan pembelajaran tanpa gangguan dengan pengaliran dan muat turun dengan pantas pada Galaxy Tab A9+. Nikmati akses lancar kepada kandungan pendidikan, memastikan pengalaman pembelajaran anak anda lancar dan tidak terputus.

Tingkatkan Produktiviti, Kembangkan Kreativiti: Prestasi Terbaik

Perkukuhkan pengalaman pembelajaran anak anda dengan prestasi terbaik Tab A9 yang membawa cipset Snapdragon 695 5G dan Tab A9+ yang menggunakan cipset MediaTek Helio G99. Dengan ini, ia memastikan kelajuan dan kecekapan yang luar biasa, menjadikan tablet ini teman sempurna untuk aplikasi dan aktiviti pendidikan.

Lebih Banyak Memori, Lebih Banyak Pembelajaran: Penyimpanan untuk Kreativiti

Galakkan kreativiti dengan pilihan penyimpanan RAM yang ditingkatkan sebanyak 4GB dan storan 64GB di mana ia juga boleh diperluaskan sehingga 1TB dengan kad microSD. Siri Galaxy Tab A9 memastikan ruang yang cukup untuk aplikasi pendidikan, permainan dan kandungan multimedia.

Samsung Kids: Penerokaan Selamat untuk Minda Muda

Memberi kebebasan anak anda untuk meneroka dan berhubung dengan dunia secara selamat menggunakan Samsung Kids. Dengan penyusunan mudah, kawalan ibu bapa dan kandungan edutainment, anda boleh memupuk rasa ingin tahu anak anda sambil memastikan persekitaran digital yang selamat.

Privasi dan Keselamatan: Melindungi Perkara yang Penting

Bertenanglah kerana data peribadi pengguna akan dilindungi oleh ciri-ciri seperti Privacy Dashboard, Secure Folder dan kemas kini OS. Bersama Samsung KNOX, platform keselamatan berbilang lapisan ini memastikan keselamatan data anak anda.

Aksesori: Praktikal Bertemu Gaya

Lengkapkan Galaxy Tab A9 atau Tab A9+ dengan aksesori yang praktikal dan bergaya. Book Cover menawarkan kedudukan dua hala yang selesa, melindungi peranti untuk kegunaan yang mudah. 

Alami kuasa pendidikan siri Galaxy Tab A9 dengan harga bermula dari RM899. Manfaatkan promosi menarik, termasuk diskaun sehingga 30% untuk Samsung Care+ dan aksesori terpilih serta langganan Viu Premium selama 3 bulan secara percuma bernilai RM29.90.

Sedia untuk meningkatkan perjalanan pembelajaran anak anda? Layari laman web rasmi Samsung dan jadikan tablet pendidikan ini milik anda hari ini! Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Exit mobile version