Site icon TechNave BM

Apa yang anda suka tentang teknologi & TechNave? Jawab kaji selidik ini & anda berpeluang menangi hadiah!

Apa khabar warga TechNave sekalian! Dengan kehadiran teknologi dan norma baharu di dalam hidup kita pada waktu ini, kami ingin mengetahui dengan lebih mendalam apakah yang anda suka dalam dunia teknologi. Kami sentiasa ingin memperbaharui kandungan berita dan ulasan teknologi kami, jadi sebarang maklum balas daripada anda adalah amat berharga supaya kami boleh memperbaharui kandungan TechNave.

Berikut adalah borang kaji selidik ringkas yang anda boleh penuhkan untuk kegunaan kami. Sebaik sahaja anda melengkapkan borang di bawah, anda berpeluang memenangi sepasang earphone wayarles realme Buds Air Neo atau seutas jam tangan pintar realme Watch.

Jutaan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk melengkapkan kaji selidik ini. Jika ada lagi perkara yang anda mahukan lebih banyak liputan daripada TechNave atau sebarang hadiah, beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version