fbpx
More

    Tinjauan aplikasi dating: Malaysia negara ke-3 di Asia paling ramai “sugar daddy”, berjumlah 42,500

    Kewujudan aplikasi dating atau aplikasi cari jodoh bukan lagi perkara baharu untuk pengguna di Malaysia. Namun, aplikasi dating yang menemukan pasangan sugar baby dan sugar daddy adalah perkara yang masih janggal. Walaupun janggal, satu tinjauan dari aplikasi dating Seeking Arrangement menemui bukti Malaysia sebagai negara ketiga paling ramai sugar daddy.

    Menurut tinjauan dari aplikasi, Malaysia berdiri di tangga ketiga sebagai negara yang paling ramai sugar daddy berjumlan 42,500 orang. Kedudukan ini didahului dengan India sebagai negara yang paling ramai sugar daddy (berjumlah 338,000 orang), diikuti Indonesia (60,250 orang).

    Selepas Malaysia, negara Jepun menyusul dengan jumlah 32,500 orang, Hong Kong 28,600 orang, Taiwan 27,300 orang, Vietnam 12,000 orang, Korea Selatan 7,000 orang, Sri Lanka 5,000 orang dan Kemboja 3,500 orang.

    Sumber: Seeking Arrangement

    Aplikasi dating atau temu janji ini menyatakan bahawa negara dengan kadar penetrasi pendidikan tinggi lebih mudah terjebak dalam trend sugar daddy ini. Tambahan pula, Malaysia dikatakan mencatat hutang tertunggak pinjaman pelajar sebanyak RM39 bilion pada tahun 2018.

    Menurut pihak aplikasi, platformnya menyediakan kemudahan dalam membantu menghubungkan wanita muda dengan lelaki yang lebih kaya, bukan hanya untuk membantu masalah kewangan, tetapi menjadi mentor untuk masa depan mereka.

    Sebenarnya, perkara ini tidak mengejutkan kerana terdahulu, ramai rakyat Malaysia mendaftar di aplikasi dating sugar daddy, SugarBook berikutan PKP. Apakah pendapat anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Seeking Arrangement melalui Malay Mail

     

    Artikel Terkini

    Anda kini boleh tukar iPhone lama anda dalam talian dengan kredit sehingga RM3,900

    Akhirnya, Apple membenarkan pertukaran iPhone lama oleh pelanggan kepada yang baru. Pada mulanya, ia hanya terdapat di negara luar dan kini, program...

    Red Magic 9 Pro+ Bumblebee Transformers Edition dilancar berharga ~RM4,252

    Nubia telah melancarkan telefon pintar Red Magic 9 Pro+ Bumblebee Transformers Edition di China selepas mendedahkan imej promosi pada beberapa hari yang...

    Dyson Airstrait kini boleh didapati di Malaysia pada harga RM2,599

    Dyson memperkenalkan Dyson Airstrait, alat penggayaan rambut revolusioner yang menawarkan pelurus basah ke kering menggunakan udara, menghapuskan keperluan untuk plat panas dan...

    Siri HUAWEI P70 mungkin dilancar pada 2 April 2024

    HUAWEI bersedia untuk memperkenalkan siri HUAWEI P70 pada 2 April 2024, seperti yang ditunjukkan oleh tangkapan skrin yang tersebar di Weibo. Kebocoran...

    Siri vivo V30 5G dedahkan rahsia kesempurnaan potret dengan kelebihan Zeiss

    Dengan bangga, vivo Malaysia mempersembahkan siri vivo V30 5G yang begitu dinantikan di negara kita. Penuhi keperluan teknologi anda dengan peranti yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X