Site icon TechNave BM

Tips berguna buat ‘Online Seller’ tampil berbeza di media sosial

Digital Online Marketing Commerce Sale Concept

Pernah terfikir bagaimana caranya akaun-akaun peniaga atas talian (online seller) ataupun jenama kegemaran yang anda ikuti di media sosial terutamanya Instagram kelihatan sangat kemas dan tersusun?

Jika anda adalah salah seorang online seller yang menggunakan media sosial sebagai platform untuk mempamerkan produk atau hasil kerja anda, apa kata ikuti tiga tips penting seperti dibawah ini.

  1. Bila menggunakan media sosial untuk memasarkan produk serta perkhidmatan yang ditawarkan, konsisten adalah kunci untuk segalanya.

2. Selain konsisten melakukan posting, anda juga dinasihatkan untuk melakukan persiapan dengan turut menyediakan keterangan untuk disertakan bersama gambar-gambar yang akan digunakan nanti.

3. Selepas menyiapkan gambar dan keterangan untuk digunakan dalam tempoh sebulan, anda juga disyorkan agar bahan-bahan tersebut disimpan di aplikasi Telegram.

Perkara ini adalah bagi memudahkan anda untuk memuat turun kembali gambar beserta keterangan yang telah disediakan bagi melakukan posting di media sosial pilihan anda.

Jadi, jika anda sudah pun menggunakan platform media sosial untuk melakukan perniagaan atas talian atau mempamerkan hasil kerja anda sebagai seorang freelancer, anda boleh mengikuti tiga tips mudah ini bagi memastikan feed anda sentiasa kemas.

Sudah pasti, feed yang kemas dan tersusun akan menarik lebih ramai pengguna untuk membeli produk dan servis yang ditawarkan oleh anda kelak.

Teruskan bersama kami untuk pelbagai lagi tips menarik. Kongsikan pendapat anda di laman Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Vocket

Exit mobile version