Pada minggu lepas, kami telah berkongsi mengenai logo Apple di belakang iPhone yang turut memberikan beberapa fungsi. Namun, masih ada beberapa tips dan panduan menarik yang mungkin anda tidak ketahui yang boleh digunakan pada iPhone.
Anda akan mendapati beberapa kawalan pintas yang boleh diletakkan pada pusat kawalan (Control Centre). Beberapa ciri turut menawarkan kawalan mudah seperti Pemasa (Timer) dan lampu flash. Di sini, anda perlu menekan ciri tersebut untuk beberapa saat dan ia akan mengeluarkan kadar kawalan untuk ditetapkan seperti imej di bawah.
Kemudian, aplikasi Nota (Notes) banyak membantu anda menyimpan data atau nota penting terutamanya dalam bentuk titik (Point). Bagi setiap point yang ditulis, mungkin juga terdapat maklumat sampingan. Tatal sahaja dari kiri ke kanan duntuk menggerakkan maklumat dengan lebih mudah.
Akhir sekali, tips ini mungkin tidak diketahui ramai orang yang juga boleh didapati pada aplikasi Notes. Anda boleh menekan space bar untuk beberapa saat dan boleh digunakan seperti tetikus seperti dalam video di bawah.
Menarik, bukan? Kongsikan tips dan panduan anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

