Site icon TechNave BM

TM akan jalankan ujian 5G dengan Digital Nasional, bermula akhir bulan ini

Telekom Malaysia Sdn Bhd (TM) telah mengesahkan bahawa mereka akan menjalankan ujian 5G dengan Digital Nasional Bhd (DNB) bagi mengoptimumkan rangkaian tersebut di kawasan sekitar ibu negara.

TM mengatakan sepanjang ujian perintis, pelanggan pascabayar mudah alih unifi yang memiliki peranti 5G boleh mencuba perkhidmatan 5G di kawasan terpilih sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya. Menurut TM, pelancaran 5G itu akan meningkatkan penciptaan nilai buat para pengguna, perniagaan kecil dan sederhana (PKS) serta perniagaan korporat.

DNB adalah sebuah syarikat yang dimiliki Menteri Kewangan Diperbadankan dan telah diberi mandat oleh kerajaan untuk menjadi pihak neutral tunggal bagi membina infrastruktur 5G di seluruh negara. Ia menjangkakan liputan 5G sebanyak 10 peratus di Putrajaya, Cuberjaya dan Kuala Lumpur pada akhir bulan ini, terdiri daripada 500 tapak.

Bilangan itu akan ditingkatkan kepada 4,018 tapak di Pulau Pinang, Johor, Sabah, Sarawak, Selangor, Negeri Sembilan dan Perak pada 2022. Kemudian, DNB menyasarkan liputan sebanyak 80 peratus di seluruh negara dengan 7,509 tapak pada 2024.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version