Site icon TechNave BM

TM akan tamatkan unifi Community pada 22 Julai 2022 untuk fokus pada media sosial

Seperti yang diumumkan di laman web rasmi unifi, Telekom Malaysia ™ akan menamatkan unifi Community pada 22 Julai 2022. Ahli atau pengguna unifi tidak dapat lagi mengakses laman ini selepas tarikh tersebut. 

Menurut TM, mereka ingin memudahkan pelanggan terus berhubung di Facebook dan unifi Twitter kerana ramai pengguna lebih gemar berhubung melalui platform sosial media.

Bagi yang tidak tahu, unifi Community adalah portal komuniti dalam talian yang menyediakan perbincangan di kalangan ahli unifi mengenai perkhidmatan, cara, promosi dan perkara-perkara lain. 

Akhir sekali, TM juga mencadangkan agar ahli unifi boleh terus mendapatkan maklumat daripada halaman FAQ unifi, panduan video dan laman Facebook unifi yang disebutkan di atas. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: unifi

Exit mobile version