Site icon TechNave BM

TM berjaya jalani ujian rangkaian 5G, capai kelajuan 1.5Gbps

Telekom Malaysia Berhad™ (TM) baru-baru ini berjaya menjalankan sebuah ujian standalone mod rangkaian 5G untuk frekuensi 700 MHz dan C-band serentak.

Dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan semalam, syarikat itu berjaya mencapai kelajuan internet sepantas 1.5Gbps dalam ujian kelajuan 5G di pusat kajiannya di Langkawi, membuatkan pulau terkenal itu menjadi Pulau Pelancongan Pintar yang pertama di dunia.

TM sudah pun memulakan 11 penggunaan 5G di Langkawi dan melancarkan Pusat Arahan 5G (5GCC) yang akan menjadi tunjang kepada implementasi 5G di pulau tersebut. TM juga membuka 5GCC kepada syarikat telekomunikasi yang lain untuk memantau data yang diperlukan dalam ujian selanjutnya.

TM adalah sebahagian daripada Projek Demonstrasi 5G (5GDP) yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), bertujuan untuk membawa teknologi 5G ke Malaysia.

Apakah pendapat anda berkenaan 5G di Malaysia? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi tempatan dan antarabangsa.

Sumber: New Straits Times

Exit mobile version