Site icon TechNave BM

TM dan Astro jalin kerjasama untuk luaskan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi

Pada hari ini, Telekom Malaysia Berhad (TM) dan MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd iaitu sebuah anak syarikat milik penuh Astro Malaysia Holdings Berhad, telah menandatangani perjanjian untuk bekerjasama dalam meningkatkan kualiti pengalaman digital kepada rakyat Malaysia.

Melalui kerjasama ini, TM akan menyediakan Astro dengan himpunan lengkap penyelesaian infrastruktur untuk perkhidmatan internet borong seperti jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB), lebar jalur (bandwidth), backhaul dan akses Internet.

Dengan perkhidmatan HSBB TM ini, Astro berupaya menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada pelanggannya tanpa perlu membangunkan infrastruktur baharu. TM akan turut menyediakan Rangkaian Penyampaian Kandungan (TM Content Delivery Network – TM CDN) bagi memberi kandungan video digital Astro yang lebih lancar, pantas dan selamat.

Perkhidmatan TM itu akan diberikan menerusi TM WHOLESALE, sebuah unit perniagaan global dan borong yang dimiliki oleh TM untuk menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version