Site icon TechNave BM

TM keluar dari konsesi Menara KL untuk kukuhkan perkhidmatan telko

Hari ini, Telekom Malaysia Berhad (TM) menghantar kenyataan akhbar berhubung Menara KL telah dijual kepada Hydroshoppe Sdn Bhd yang diuruskan oleh TM. Dibawah merupakan penjelasan ileh TM dalam kenyataan akhbar tersebut.

Menurut TM, syarikat itu ingin menjelaskan bahawa Menara KL dimiliki oleh kerajaan manakala operasi dan penyelenggaraan menara itu adalah di bawah konsesi. TM melalui anak syarikat milik penuhnya, Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) telah melaksanakan konsesi itu sejak 1996.

Sebagai sebahagian daripada program transformasi perniagaannya, TM menumpukan usaha dan sumbernya untuk mengukuhkan perniagaan teras telekomunikasi dan teknologi. 

Selepas mempertimbangkan perubahan dalam sifat perniagaan MKL, daripada perkhidmatan telekomunikasi kepada pelancongan dan hospitaliti, TM memutuskan pada Oktober 2021 untuk tidak memperbaharui konsesi MKL dan memaklumkan kepada kerajaan sewajarnya.

Pada tahun ini, proses pemilihan Syarikat Konsesi baharu kemudiannya diambil oleh kerajaan di mana TM dimaklumkan mengenai syarikat yang dilantik untuk mengambil alih saham MKLSB dan konsesi MKL. MKLSB akan terus mengendalikan konsesi dan memastikan kesinambungan operasi MKL untuk rakyat awam termasuk pelawat antarabangsa.

Pekerja akan kekal bekerja dengan MKLSB di bawah Syarikat Konsesi baharu untuk tempoh minimum tiga tahun untuk memastikan kebajikan mereka terpelihara dalam peralihan ini. Dalam pengumuman kewangan S3 2022 TM kepada Bursa Malaysia, rujukan telah dibuat kepada perubahan berikutnya kepada pegangan saham dalam MKLSB.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version