Site icon TechNave BM

TM kurangkan 50% kelajuan pada pelan Unifi 500Mbps, pengguna keliru

Menurut pernyataan yang dibuat oleh pengguna bernama Wang Mat di laman SoyaCincau, Telekom Malaysia dikatakan mengurangkan kelajuan muat naik dalam pelan 500Mbps iaitu; dari 200Mbps ke 100Mbps. Pengurangan kelajuan sehingga 50% atau separuh ini mengundang kekeliruan dari pengguna.

Telekom Malaysia (TM) memberitahu bahawa pemaparan 200Mbps adalah sebuah kesilapan, bermakna 100Mbps adalah kelajuan muat naik sebenar untuk pelan 500Mbps berharga RM249 sebulan ini.

Jika anda mengakses laman web Unifi, anda dapat melihat kelajuan muat naik yang sebenar untuk pelan tersebut: 100Mbps. Namun, jika anda klik pada pautan pertama di carian Google, anda dapat melihat kesilapan pemaparan kelajuan muat naik 200Mbps.

Kami berharap agak pengguna tidak lagi keliru dengan perkara ini. Apa pun, pihak sepatutnya juga diharap lebih berhati-hati agar tidak mengelirukan pengguna.

Apakah pandangan anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: SoyaCincau

Exit mobile version