Site icon TechNave BM

TM lancar platform muzik AI pertama dengan bahasa, dialek tempatan

TM mengumumkan pelancaran kempen “Sejuta Suara, Satu Ritma, Jiwa Merdeka” sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024. Ianya merupakan platform pertama yang dikuasakan oleh AI yang membolehkan rakyat Malaysia menyanyikan lagu patriotik ikonik “Gemuruh Jiwa” dalam pelbagai bahasa dan dialek tempatan.

Platform ini menggabungkan teknologi AI dalam meraikan warna-warni keunikan pelbagai bahasa di negara kita. Dengan menggunakan AI bagi lip-syncing dan pengklonan suara secara automatik, pengguna boleh menyanyi dalam bahasa atau dialek pilihan mereka dengan mudah dan secara nyata.

Platform muzik ini dipacu oleh teknologi hasil kerjasama tujuh AI dan API yang disepadukan untuk memberikan pengalaman pengguna yang lancar serta intuitif. Dikuasakan oleh Credence, cabang penyelesaian awan dan digital TM, platform ini adalah bukti komitmen TM untuk memacu AI dalam perkhidmatannya.

TM menjemput semua rakyat Malaysia untuk turut serta dan mencuba ciri AI ini dengan melayari https://sejutasuara.tm.com.my/. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version