Site icon TechNave BM

TM masih belum keluarkan tarikh rangkaian 5G untuk pengguna

Nampaknya, pengumuman Telekom Malaysia (TM) mengatakan rangkaian 5G boleh diuji oleh pengguna pascabayar Unifi Mobile bermula pada Februari ini tidak akan berlaku.

TM telahpun mengeluarkan kenyataan di laman web rasminya pada hari semalam. Mereka sedang melakukan ujian dalaman untuk perkhidmatan 5G dan masih tiada kepastian mengenai tawaran ujian untuk pelanggan Unifi.

Pihak Digital Nasional Berhad (DNB) mengatakan TM turut akan menyertai ujian rangkaian 5G, namun TM tidak mengeluarkan sebarang info mengenai tawaran mereka. Pasa masa ini, hanya YTL sahaja yang menawarkan rangkaian 5G menggunakan infrastruktur DNB.

DNB menjanjikan rangkaian 5G dengan kelajuan minima 100Mbps dan telahpun tersedia di Kuala Lumpur, Cyberjaya dan Putrajaya. Pastinya ia akan berkembang pesat pada tahun ini untuk memenuhi permintaan rakyat Malaysia.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Telekom Malaysia

Exit mobile version