Site icon TechNave BM

TM melengkapkan kerja penyelenggaraan kabel internet dasar laut

Beberapa hari lalu, TM mengatakan perkhidmatan internet di Malaysia akan menjadi perlahan berikutan kerja-kerja penyelenggaraan terhadap kabel komunikasi dasar laut Asia-America Gateway (AAG). Seperti yang dijadualkan, penyelenggaraan tersebut telah disiapkan pada hari ini.

Untuk makluman, AAG adalah rangkaian kabel yang menghubungkan internet kebanyakan negara-negara Asia ke Amerika Syarikat (AS) dan Hong Kong. Kini kelajuan internet Malaysia telah pulih seperti biasa dan tentunya amat dihargai oleh rakyat yang kini sangat bergantung kepada internet sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

TM juga mengatakan mereka akan terus memantau kestabilan rangkaian kabel bersama rakan-rakan kongsi dari rantau Asia. AAG adalah penting bagi menghubungkan Malaysia dengan perkhidmatan dalam talian yang mempunyai pangkalan di AS.

TechNave mengucapkan tahniah kerana berjaya menyiapkan penyelenggaraan mengikut jadual asal. Beritahu pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: TM

Exit mobile version