Site icon TechNave BM

TM memperbaiki kelajuan internet selepas isu melibatkan kabel dasar laut dibaik pulih

Gangguan internet di Malaysia yang disebabkan oleh kerosakan kabel Asia Pacific Cable Network 2 (APCN2) kini telah dibaik pulih oleh Telekom Malaysia (TM). Pada asalnya TM menyasarkan isu ini akan diperbaiki pada 20 April namun syarikat itu berjaya menyelesaikannya lebih awal.

Menurut laporan daripada Amanz, syarikat itu menggunakan laluan antarabangsa alternatif bagi mengatasi gangguan itu sewaktu kerja-kerja pembaikian APCN2 dijalankan. Dengan itu, pengguna internet Malaysia boleh melayari internet ke laman-laman web yang dihoskan di Hong Kong dan Amerika Syarikat pada kelajuan biasa.

Kabel yang menyambungkan rangkaian Malaysia ke negara lain. Sumber: SubmarineNetworks.com

TM turut mengatakan bahawa gangguan yang disebabkan oleh kerosakan kabel tersebut adalah sangat kecil. Beritahu kami pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Amanz

Exit mobile version