Site icon TechNave BM

TM One lancarkan Innovation Lab dan Enterprise 5G Lab, hab untuk himpunkan teknologi terkini

Baru-baru ini, TM One telah mengumumkan pelancaran Innovation Lab dan Enterprise 5G Lab yang berfungsi sebagai hab untuk menghimpunkan teknologi terkini, pemimpin digital dan idea. la menyediakan ruang yang selamat dan kolaboratif di mana TM, pelanggan dan rakan niaga boleh merealisasikan idea menjadi penyelesaian yang sesuai.

Innovation Lab terletak di TM Digital Academy, Universiti Multimedia. Melengkapkan inisiatif ini ialah Program 5G Sphere Partnership TM One dengan peluang perkongsian dengan lebih 50 entiti tempatan dan antarabangsa untuk menyokong penciptaan bersama inovasi baharu.

TM One Sandbox pula menyediakan persekitaran untuk ujian operasi yang selamat buat rakan niaga dan pelanggan ubagi membangunkan penyelesaian tersuai. Kedua-dua kemudahan ini akan membuka peluang untuk:

  1. Penglibatan Imersif
  2. Dialog Perkongsian Pengetahuan
  3. Mempercepatkan keputusan
  4. Membina penyelesaian tersuai

Pelanggan yang melawat Innovation Lab and Enterprise 5G Lab akan meneroka pelbagai peluang termasuk masa depan untuk ketersambungan dan pendigitalan serta bagaimana teknologi membentuk semula industri dan meningkatkan landskap perniagaan digital.

Untuk maklumat lanjut mengenai TM One Innovation Lab dan Enterprise 5G Lab, anda boleh klik di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version