Site icon TechNave BM

TM percepat sambungan fiber optik di Sabah, sasar 58% liputan menjelang 2025

Dalam usaha menyokong aspirasi Sabah Maju Jaya, TM akan mempercepatkan pemasangan fiber optik di Sabah. Dengan matlamat sekurang-kurangnya 145,000 premis disambungkan dalam tempoh tiga tahun bermula pada tahun 2022-2025, TM menyasarkan untuk mencapai 58% liputan fiber di negeri ini.

TM telah melabur lebih daripada RM1.1 bilion untuk CAPEX di Sabah sejak 2012 bagi meningkatkan kesalinghubungan dan gentian di negeri ini. Dengan sejumlah 32,000km kabel gentian optik di seluruh negeri disamping 59 tapak sambungan gentian optik yang telah disediakan di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai Point Of Presence (POP).

TM telah menghubungkan hampir 282,000 premis di Sabah. Secara keseluruhan, TM telah menggunakan lebih 600,000km kabel gentian optik di seluruh negara dan usaha ini akan terus diperhebatkan selaras dengan pelaksanaan JENDELA.

Bagi membolehkan muat turun kandungan dengan lebih pantas dan mengurangkan kadar latensi, TM telah memasang nod pertukaran internet TM (TMiX) di Kota Kinabalu dan Penampang. TMiX ini akan turut dipasang di Inanam, Kinarut, Menggatal dan Putatan, dan dijangka siap pada Disember 2022.

TM juga akan membolehkan lokalisasi kandungan di mana OTT boleh menempatkan server pelayan kandungan di Penampang yang menempatkan nod Rangkaian Penghantaran Kandungan (CDN) dan melaksanakan Gerbang Antarabangsa (IGW) di daerah ini menjelang suku pertama (Q1) 2023.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version