Site icon TechNave BM

TM perkenal unifi Mobile Travel Pass data tanpa had untuk pelancong serendah RM 30

Untuk tahun 2020, Telekom Malaysia Berhad™ (TM) telah melancarkan pelan prabayar mudah alih baru khas untuk pelancong iaitu unifi Mobile Travel Pass. Pelan baru itu sejajar dengan peranannya sebagai rakan kongsi Strategik Telekomunikasi untuk kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 melalui kerjasama dengan Tourism Malaysia.

Pada asasnya, Travel Pass yang baru membolehkan pelancong menggunakan data tanpa had semasa mereka berada di Malaysia. Mereka juga akan diperuntukkan dengan waktu penyiaran prabayar RM 5 yang boleh digunakan untuk panggilan dan SMS:

Oleh kerana pelan itu dibuat secara eksklusif untuk pelancong, ia hanya boleh di dapati di Pusat Maklumat Pelancong di KLIA dan KLIA2. Selain itu mereka juga boleh membuat pembelian awal sebelum tiba di Malaysia mengikut terma dan syarat serta maklumat yang perlu disediakan.

Walau bagaimanapun, proses tersebut agak mudah dilakukan di lokasi dan terdapat Wi-Fi percuma yang tersedia di kedua-dua lapangan terbang. Untuk membeli atau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai unifi Mobile Travel Pass, boleh layari laman web rasmi https://unifi.com.my.

Dengan adanya kemudahan seperti ini sedikit sebanyak dapat membantu menarik para pelancong untuk datang bercuti di Malaysia. Sebarang cadangan boleh beritahu kami di laman Facebook sekarang! Nantikan berita teknologi terkini di TechNaveBM.com.  

Sumber : Lowyat.net

Exit mobile version