Site icon TechNave BM

TM sediakan IP peribadi kepada pengguna UNIFI untuk keselamatan dan kelancaran sambungan

Peningkatan penggunaan internet diseluruh dunia telah menimbulkan isu kekurangan alamat Ipv4. Oleh itu, Telekom Malaysia™ telah mula memindahkan pelanggan unifi ke IP peribadi bagi membolehkan sambungan yang lebih lancar dan keselamatan yang lebih terjamin. 

Pelanggan pakej unifi 30Mbps, 50Mbps dan 100Mbps akan dialihkan ke IP peribadi dan membolehkan penggunaan alamat Protokol Internet (IP) IPv4 awam yang dinamik. Proses ini akan dilaksanakan secara jarak jauh oleh pihak TM tanpa sebarang tindakan yang perlu diambil oleh para pelanggan. 

Pelanggan yang menggunakan CCTV berasaskan IP dan pengehosan yang telah dikenalpasti (known hosting) tidak akan terjejas kerana mereka akan dikecualikan daripada aktiviti peralihan ini. Tempoh masa gangguan hanya antara 2 – 5 minit sahaja.

Para pelanggan akan diberitahu terlebih dahulu sebelum peralihan dilakukan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version