Site icon TechNave BM

TM tamatkan pas tanpa had untuk unifi Mobile, digantikan dengan data percuma 1GB setiap hari

Walaupun kita sudah memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), ramai orang masih bekerja dari rumah demi membendung penularan COVID-19 dan berharap pada data harian percuma 1GB yang disediakan oleh syarikat telekomunikasi. Ini termasuklah unifi Mobile yang akan menyediakan data 1GB 4G LTE pada setiap hari.

Berdasarkan sebuah ciapan pada hari ini, syarikat itu akan memberikan data harian percuma 1GB kepada pelanggan unifi Mobile sehingga 31 Disember. Menurut sebuah kiriman rasmi dalam blog unifi Community pada minggu lepas, data 1GB ini boleh digunakan bermula 8:00 pagi sehingga 6:00 petang.

Bagi pelanggan pascabayar pula, data 1GB ini akan diberikan secara automatik setiap hari. Sementara itu, pelanggan prabayar BEBAS perlu menebusnya melalui aplikasi mobile@unifi.

Ini adalah penurunan daripada promosi unifi sebelum ini yang memberikan lebih banyak data secara percuma pada awal pelasanaan PKP, namun ini boleh difahamai berikutan situasi pandemik yang semakin terkawal. Beritahu kami di Facebook jika anda adalah pelanggan unifi Mobile dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version