Site icon TechNave BM

TM tawarkan penggantian percuma untuk kelengkapan internet yang rosak akibat banjir

Berikutan kejadian banjir besar yang melanda beberapa negeri Semenanjung pada hari minggu lepas, Telekom Malaysia (TM) telah mengumumkan bahawa mereka bakal menggantikan peralatan internet dalam rumah yang telah rosak berikutan bencana tersebut.

Dalam sebuah ciapan, TM mengatakan Peralatan Premis Pelanggan (CPE) unifi yang rosak akibat banjir boleh digantikan secara percuma. Pelanggan unifi yang terjejas akibat banjir sebelum ini boleh menghubungi talian 100 atau Live Chat di laman web unifi untuk maklumat lanjut.

Kami berharap usaha oleh pihak TM ini boleh meringankan beban terhadap mangsa banjir. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version