Site icon TechNave BM

TNB akan beri rebat kepada pelanggan yang alami gangguan elektrik pada Rabu lepas

Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menyediakan rebat kepada para pengguna, terutamanya golongan peniaga, yang terjejas akibat daripada gangguan bekalan elektrik yang melanda beberapa negeri Semenanjung pada hari Rabu, 27 Julai 2022.

Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, seramai satu juta akaun pengguna telah mengalami gangguan tersebut membabitkan akaun domestik, industri dan komersial.

Walau bagaimanapun, terdapat kiraan dan syarat tertentu bagi membenarkan pengguna untuk mendapatkan rebat tersebut, seperti peniaga besar di KLCC yang perlu menyatakan jumlah kerugian yang dialami. Maklumat terperinci akan dibentangkan di Parlimen pada 4 Ogos kelak.

Beliau turut berkata gangguan tersebut berpunca daripada kerosakan satu peralatan di Pencawang Masuk Utama Yong Peng North, Johor. Demi menjaga kestabilan tenaga, TNB terpaksa mencatu bekalan di kawasan tertentu yang tidak kritikal dan memastikan hospital, lapangan terbang serta Parlimen untuk tidak mengalami gangguan elektrik.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Berita Harian

Exit mobile version