Site icon TechNave BM

TNB akan mula memasang Smart Meter di rumah anda secara percuma, ini perkara yang anda perlu tahu

Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengatakan mereka telah memulakan proses pemasangan meter pintar Smart Meter di pelbagai lokasi kediaman pada jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang. Bagi memaklumkan para pengguna tentang proses pemasangan meter tersebut, TNB telah menyediakan garis panduan mudah yang perlu diketahui oleh para pengguna sebelum ia dipasang dalam rumah.

Pengguna akan dimaklumkan melalui surat dari TNB tentang pemasangan Smart Meter. Para pekerja yang akan memasang meter pula akan menuruti garis panduan pencegahan COVID-19 dan perlu menunjukkan Kad Pengenalan Kerja Bergambar untuk pengesahan oleh penghuni rumah.

Pemasangan hanya akan dilakukan jika terdapat seorang dewasa dalam rumah. Manakala untuk penghuni di kediaman bertingkat pula, pengumuman akan dibuat kepada persatuan penduduk sebelum pemasangan dilaksanakan.

Smart Meter adalah inisiatif terbaru daripada TNB yang membolehkan pengguna untuk menjejak penggunaan elektrok mereka dengan lebih tepat melalui aplikasi myTNB atau myTNB Portal. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: TNB Facebook

Exit mobile version