Site icon TechNave BM

TNB kini benarkan permohonan tarif ToU terus melalui laman web myTNB

Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini memudahkan pelanggan domestik untuk beralih kepada tarif elektrik Time-of-Use (ToU) menerusi laman web rasmi myTNB tanpa perlu hadir ke Kedai Tenaga atau menghantar e-mel. Skim Time-of-Use (ToU) menawarkan kadar elektrik lebih rendah pada waktu luar puncak iaitu di luar jam 2 petang hingga 10 malam pada hari bekerja.

Skim ini bertujuan menggalakkan pengguna mengalihkan penggunaan elektrik ke waktu permintaan rendah, sekaligus menjimatkan bil bulanan. Selain pelanggan domestik, skim ini turut dibuka kepada pengguna voltan rendah bukan domestik.

Cara mohon secara atas talian

Pengguna hanya perlu:

Hanya pemilik akaun berdaftar boleh membuat permohonan. Jika premis anda sudah dilengkapi meter pintar, pertukaran akan diproses dalam lima hari bekerja. Jika belum, pemasangan meter pintar boleh mengambil masa sehingga dua bulan.

Dengan ToU kini boleh dimohon secara dalam talian, rakyat Malaysia berpeluang menikmati penjimatan dan pengurusan tenaga yang lebih fleksibel. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version