Site icon TechNave BM

TNB tawarkan rebat 100 peratus untuk pembayaran bil Disember buat mangsa banjir

Bagi meringankan beban yang dialami oleh mangsa bencana banjir baru-baru ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) bakal menawarkan rebat 100 peratus secara sekali bayar (one-off) kepada mereka untuk pembayaran bil pada bulan Disember 2021.

Perkara tersebut telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Hulu Langat, Selangor hari ini. Rebat ini akan ditawarkan kepada pengguna domestik, namun ia tidak ditawarkan kepada kilang-kilang.

Selain rebat 100 peratus ini, TNB akan turut melakukan proses pendawaian elektrik di kediaman mangsa banjir secara percuma. Pada minggu lalu, TNB telah menutup ratusan stesen pencawang elektrik bagi mengelakkan kerosakan lanjut sewaktu bencana banjir.

Beritahu kami di Facebook jika berita ini membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Astro Awani

Exit mobile version