Site icon TechNave BM

TNB tutup 333 pencawang elektrik buat sementara berikutan bencana banjir

Syarikat bekalan tenaga elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menutup 333 buah pencawang elektrik di wilayah Semenanjung buat sementara, berikutan bencana banjir yang masih melanda beberapa negeri. Pencawang yang ditutup berada di Pahang, Kelantan, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan.

Negeri yang mengalami penutupan pencawang tertinggi adalah Pahang dengan 137 pencawang, diikut dengan Selangor (117), Kuala Lumpur (45), Negeri Sembilan (17), Melaka (10) dan Kelantan (7).

Penutupan itu akan menjejaskan 17,251 pengguna di Pahang, 5,062 pengguna di Selangor, 4,450 pengguna di Kuala Lumpur, 634 pengguna di Melaka, 470 pengguna di Kelantan dan 284 pengguna di Negeri Sembilan.

Tindakan ini diambil bagi melindungi keselamatan pengguna, di mana mereka turut dinasihatkan untuk tidak menghampiri tiang atau kabel elektrik yang ditenggelami air, termasuklah yang bersalut dengan penebat. Ini adalah kerana kabel tersebut mempunyai risiko renjatan elektrik.

TNB bakal menyediakan bekalan elektrik melalui set janakuasa mudah alih di pusat pemindahan sementara yang terjejas akibat penutupan pencawang.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Berita Harian

Exit mobile version