TNG Digital Sdn. Bhd. telah melanjutkan kempen pulangan tunai (cashback) Kad Visa Touch ‘n Go eWallet Travel sehingga 31 Disember 2026. Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan pengalaman perjalanan rakyat Malaysia dengan menawarkan faedah menarik untuk perbelanjaan luar negara.
Sejak dilancarkan, kad ini mendapat sambutan yang tinggi untuk permohonan, didorong oleh kadar pertukaran yang kompetitif, kemudahan pembayaran antarabangsa dan manfaat perjalanan yang menarik. Perbelanjaan luar negara menggunakan kad ini meningkat 2.5 kali ganda dari tahun ke tahun sehingga Oktober 2025.
Kad Visa Travel ini memberi ganjaran kepada pengembara dengan pulangan tunai tanpa had sehingga 3% untuk perbelanjaan luar negara, tiada caj kenaikan untuk transaksi antarabangsa dan kadar pertukaran yang kompetitif. Pengguna juga menikmati 1% cashback untuk pembelian atas talian luar negara setiap hari Rabu dan satu pengeluaran ATM luar negara percuma setiap bulan.
Keselamatan kekal menjadi keutamaan dengan rekaan kad tanpa nombor, fungsi kunci/buka segera melalui aplikasi TNG eWallet serta tetapan boleh laras untuk memberikan pengguna kawalan dan ketenangan fikiran semasa melancong. Kad ini paling popular digunakan di destinasi seperti Jepun, Thailand, Singapura, Indonesia, Korea dan Taiwan.
Lawati laman web rasmi Touch ‘n Go untuk ketahui lebih lanjut. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

