Site icon TechNave BM

TNG eWallet kini lancarkan fungsi pengesahan cap jari, alternatif kepada 6 digit kata laluan

Touch ‘n Go eWallet kini membenarkan pengguna membayar menggunakan pengesahan cap jari. Sebelum ini, pengguna perlu memasukkan kata laluan 6 digit secara manual semasa pembayaran. Untuk menggunakan pengimbas cap jari semasa membuat pembayaran, anda cuma perlu melalui langkah berikut:

  1. Buka aplikasi TNG e-Wallet dan klik pada avatar Profil
  2. Masukkan kata laluan Keselamatan dan pilih Pengesahan Keselamatan
  3. Anda boleh memilih penggunaan ciri pengesahan cap jari untuk urusan yang berbeza.

Selepas melengkapkan langkah di atas, pengguna boleh memilih untuk memerlukan pengesahan cap jari setiap kali mereka membuka Touch ‘n Go eWallet atau melakukan pengesahan cap jari semasa membuat pembayaran dan bukannya memasukkan kata laluan 6 digit secara manual.

Kemas kini ini bukan sahaja menjadikan TNG e-Wallet lebih selamat, tetapi juga lebih mudah digunakan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version