Site icon TechNave BM

TnG jelaskan salah faham mengenai tarikh luput pada tag RFID

Semalam, Touch ‘n Go (TnG) Malaysia mengeluarkan kenyataan mengenai tarikh luput TnG RFID yang menyebabkan kekeliruan. Pada mulanya, pengguna Twitter @tevanraj berasa kebingungan dengan e-mel yang meminta mereka menggantikan tag RFID mereka dengan yang baru dan mendapatkan pulangan tunai sebanyak RM20.50 semasa promosi sepanjang satu minggu untuk pengguna perintis.

Dicipta khas untuk pengguna perintis RFID awal, pulangan tunai ini merupakan ganjaran yang menarik. Walau bagaimanapun, keterangan dalam aplikasi TnG eWallet menyatakan bahawa “pengguna perintis yang mengambil bahagian dalam kempen ini akan memiliki tag RFID perintis mereka yang secara automatik tamat pada 31 Januari 2024, tanpa mengira sama ada pengguna perintis itu telah mengaktifkan dan memasang pembelian tag RFID TNG di bawah kempen ini”.

Jelasnya, banyak pengguna melihat tindakan ini sebagai langkah tamak oleh syarikat. Sebagai respon, TnG menyatakan bahawa itu adalah satu salah faham dan bahawa tag RFID tidak mempunyai tarikh luput. Kempen ini bertujuan untuk tag RFID pengguna perintis yang lama dari semasa ke semasa sejak penubuhannya pada 2018.

Untuk menjelaskan penerangan, ia bertujuan untuk mereka yang telah membeli RFID baharu supaya tag lama mereka akan dibatalkan pendaftarannya secara automatik pada tarikh tersebut supaya mereka tidak mempunyai dua tag untuk kenderaan yang sama.

Selain itu, jika pengguna perintis memutuskan untuk tidak membeli RFID baru semasa minggu promosi, tidak akan berlaku apa-apa kepada RFID mereka yang sedia ada dan boleh terus digunakan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version