Baru-baru ini, Touch ‘n Go telah melancarkan kad Touch ‘n Go NFC Edisi Merdeka dan juga beg edisi khas sempena Hari Merdeka ke-67. Kedua-dua kad dan beg edisi terhad itu dihasilkan dengan kerjasama jenama tempatan Loka Made.
Reka bentuk kad menampilkan beberapa lokasi ikonik di seluruh Malaysia seperti Menara Berkembar PETRONAS, Bangunan Stadthuys Melaka, Menara KL, Menara Komtar, Bangunan Sultan Ibrahim, Lang Dataran, Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak dan banyak lagi.
Selain itu, kedua-duanya boleh dibeli melalui kedai Touch ‘n Go Sales di Nu Sentral dan Bangsar South serta kedai rasmi di Shope dan Lazada. Ia boleh dibeli pada harga RM25 untuk kad NFC sahaja atau RM60 untuk bundle bersama beg.
Kuantiti adalah terhad kerana jumlah kad yang dikeluarkan hanya 8700 keping dan 300 beg akan ditawarkan oleh Touch ‘n Go. Kepada yang berminat untuk memiliki koleksi edisi terhad ini, anda boleh klik di sini untuk maklumat lanjut.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

