Site icon TechNave BM

Tonton pelancaran HONOR 9X Pro, komputer riba MagicBook di Malaysia pada 7 April ini

Terdahulu, HONOR telah mengumumkan HONOR 9X Pro, HONOR MagicBook di acara pelancaran global secara dalam talian. Pelancaran peranti-peranti teknologi ini di Malaysia telah ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan. HONOR kini tampil dengan tarikh baru pelancaran secara dalam talian HONOR 9X Pro dan HONOR MagicBook pada 7 April ini, jam 12 tengah hari.

Selain HONOR 9X Pro dan HONOR MagicBook, syarikat tersebut turut akan melancarkan MagicWatch 2 42mm varian Sakura Gold. Sepintas lalu, HONOR 9X Pro adalah varian Pro daripada HONOR 9X terdahulu. HONOR 9X Pro hadir dengan cipset Kirin 810, RAM 6GB, storan dalaman 256GB dan paparan 6.59-inci bersama bateri 4000mAh. Ia turut dihuni tetapan kamera utama 48MP + 8MP ultra-lebar + 2MP bersama kamera selfie 16MP.

Anda boleh menonton siaran langsung pelancaran tersebut di laman Facebook atau laman YouTube HONOR. Anda juga boleh menonton bersama kami di laman Facebook TechNaveBM pada 7 April ini. Adakah anda bakal menyambar peranti ini? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Exit mobile version