Site icon TechNave BM

Tonton pelancaran peranti flagship 5G OPPO Find X2 di Shopee dan Lazada serta menangi hadiah bernilai RM 7,299!

OPPO antara jenama yang sentiasa membawakan teknologi yang hebat dan sehingga kini syarikat itu terus mempelopori industri telefon pintar dalam kreativiti untuk kepuasan pelanggan.

kali ini, OPPO bakal mengumumkan pelancaran siri dalam talian untuk OPPO Find X2 5G. Anda boleh menonton secara LIVE di Lazada & Shopee pada 10 Mac 2020 jam 12 malam dan dapatkan hadiah bernilai RM 7,299! Anda juga boleh membuat Pra-tempah secara eksklusif dengan Lazada atau Shopee bermula dari 10 Mac – 13 Mac 2020.

Selain itu anda juga boleh dapatkan fon kepala OPPO Enco wayarles yang bernilai RM 499 dengan jaminan 1 tahun + jaminan perlindungan layar (screen protection) 90 hari bernilai RM 299.

Dapatkan peranti flagship 5G terbaru yang dilengkapi dengan teknologi mudah alih, termasuk kadar segar semula 120Hz, 1,000,000,000 – skrin kecil dan Super pengecasan VOOC 2.0 65W. Jangan lupa tinggalkan ulasan pada ruangan komen di Lazada untuk memenangi rebat RM 200 yang akan dimasukkan ke dalam dompet Lazada anda.

Siri OPPO Find X2 5G kini tersedia untuk pra-tempahan sekarang. Lontarkan komen di laman Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version