Site icon TechNave BM

Tony Fernandes tutup akaun Facebook, Instagram kerana kebanjiran maklumat palsu

Ahli perniagaan ternama Tony Fernandes mengumumkan bahawa beliau akan menutup akaun-akaun media sosial yang dimiliki oleh Meta iaitu Facebook, Instagram dan Threads. Beliau menjelaskan bahawa jumlah maklumat palsu yang disebarkan dalam platform-platform itu amat tinggi dan membuatkan beliau ingin tutup akaun-akaun media sosialnya.

Dalam sebuah tulisan di Facebook sebelum ini, beliau menjelaskan bahawa beliau telah pun menutup akaun Threads dan seterusnya akan menutup akaun Instagram.

Walaupun beliau gemar media sosial, beliau sering kali menjadi mangsa kepada penipuan (scam) atas talian di mana identiti beliau digunakan untuk menyebarkan penipuan tersebut.

Beliau kecewa dengan kebanjiran penipuan dan maklumat palsu dalam platform media sosial yang dimiliki Meta dan syarikat itu gagal membendung penyebaran maklumat palsu walaupun mereka memiliki teknologi canggih.

Beliau turut menjelaskan bahawa keputusan untuk menutup semua akaun media sosial miliknya bukan kerana beliau menerima komen-komen negatif dalam media sosial. Ini adalah kerana komen-komen negatif itu memberi semangat kepadanya untuk bekerja dengan lebih keras.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Free Malaysia Today

Exit mobile version