Site icon TechNave BM

Tony Hawk Pro Skater versi ‘remaster’ akan dilancarkan pada September

Ikon papan selaju, Tony Hawk, hari ini mengumumkan di Twitter bahawa dua game pertama dalam siri Tony Hawk Pro Skater (THPS) akan dilancarkan dalam versi remaster untuk Xbox One, PlayStation 4 dan PC pada 4 September ini.

Game tersebut menampilkan semua peta (maps), senarai skaters, corak permainan dan runut bunyi daripada THPS 1 & 2. Grafiknya pula telah diselaraskan untuk resolusi 4K dan 60 frames sesaat.

Siri THPS yang terakhir sebelum ini adalah Tony Hawk Pro Skater 5 yang dilancarkan pada 2015 namun ia gagal menawan hati para peminat. Mungkin versi remaster ini akan mengubat kembali hati para peminat THPS yang menggemari game-game awal dalam siri tersebut.

Anda kini boleh membuat pra-tempahan untuk game ini. Beritahu kami di Facebook jika anda merancang untuk mendapatkannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version