Site icon TechNave BM

Toshiba Malaysia anjurkan promosi TV akhir tahun, tawarkan MacBook percuma

Toshiba Malaysia sedang menganjurkan promosi akhir tahun Feel Every Goal untuk barisan televisyennya dan akan berlangsung sehingga 31 Disember 2025. Anda boleh dapatkan pelbagai hadiah menarik jika anda membeli mana-mana televisyen Toshiba terpilih sepanjang promosi ini. Nama promosi ini dipilih kerana Toshiba bakal menjadi penaja televisyen rasmi untuk Piala Dunia FIFA 2026.

Pelanggan yang membeli televisyen Toshiba 75 inci dan ke atas sewaktu promosi ini berpeluang menyertai cabutan bertuah Grand Strik Lucky Draw. Lima pemenang bertuah akan membawa pulang hadiah menarik seperti:

Nama-nama pemenang akan diumumkan pada 15 Februari 2026 di laman Facebook Toshiba TV Malaysia.

Toshiba juga menawarkan beberapa hadiah menarik untuk televisyen-televisyen lain. Anda boleh lihat senarai di bawah untuk maklumat penuh:

TelevisyenHadiah percuma
Toshiba X9900N OLED 4K TV- 65″Kredit RM800 untuk Touch ‘n Go eWallet
Toshiba Z770R Mini LED 4K TV – 85″Kredit RM500 untuk Touch ‘n Go eWallet + TS218 Soundbar bernilai RM799
Toshiba Z770R Mini LED 4K TV – 5″Kredit RM300 untuk Touch ‘n Go eWallet + TS218 Soundbar bernilai RM799
Toshiba Z770R Mini LED 4K TV – 65″Kredit RM200 untuk Touch ‘n Go eWallet + TS218 Soundbar bernilai RM799
Toshiba Z670N Mini LED 4K TV – 100″Kredit RM800 untuk Touch ‘n Go eWallet
Toshiba Z670R Mini LED 4K TV – 85″Kredit RM200 untuk Touch ‘n Go eWallet
Toshiba Z670R Mini LED 4K TV – 75″Kredit RM150 untuk Touch ‘n Go eWallet
Toshiba Z670R Mini LED 4K TV – 65″Kredit RM100 untuk Touch ‘n Go eWallet
Toshiba Z670R Mini LED 4K TV – 55″Kredit RM100 untuk Touch ‘n Go eWallet
Toshiba Z570R Gaming TV – 100″Kredit RM800 untuk Touch ‘n Go eWallet + TV Stand bernilai RM999
Toshiba Z570R Gaming TV – 85″Kredit RM200 untuk Touch ‘n Go eWallet + TS218 Soundbar bernilai RM799
Toshiba Z570R Gaming TV – 75″Kredit RM150 untuk Touch ‘n Go eWallet + TS218 Soundbar bernilai RM799
Toshiba Z570R Gaming TV – 65″TS218 Soundbar bernilai RM799
Toshiba Z570R Gaming TV – 55″TS218 Soundbar bernilai RM799
Toshiba M450R QLED 4K TV – 85″Kredit RM200 untuk Touch ‘n Go eWallet
Toshiba M450R QLED 4K TV – 75″Kredit RM150 untuk Touch ‘n Go eWallet
Toshiba M450R QLED 4K TV – 65″Kredit RM100 untuk Touch ‘n Go eWallet
Toshiba C350R Smart 4K TV – 85″Kredit RM150 untuk Touch ‘n Go eWallet
Toshiba C350R Smart 4K TV – 75″Kredit RM100 untuk Touch ‘n Go eWallet

Jika anda membeli mana-mana televisyen di atas sewaktu promosi ini, untuk mendapatkan hadiah, anda perlu isi borang dalam laman web ini dan lengkapkan pendaftaran waranti dalam laman web ini. Penebusan hadiah boleh dibuat sehingga 31 Januari 2026, sementara stok masih ada.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version