Site icon TechNave BM

Toshiba ucapkan selamat tinggal kepada pasaran komputer riba

Baru-baru ini, Toshiba telah menjual pegangannya dalam jenama komputer riba Dynabook sebanyak 19.9% kepada Sharp secara senyap. Ini bermakna Toshiba telah keluar dari pasaran komputer riba secara rasmi setelah 35 tahun berkecimpung dalam bisnes ini. Sebelum ini, Toshiba telah menjual pegangannya sebayak 80.1% kepada Sharp pada tahun 2018.

Ia tidak jelas apa yang menyebabkan kejatuhan Toshiba ini. Toshiba dilihat telah kalah dalam permainan komputer riba ultra kepada pesaingnya seperti Apple dan Dell yang telah menghasilkan siri MacBook Air dan XPS. Ketiadaan komputer riba Toshiba yang dikenali ramai mungkin menjadi penyebab utama syarikat ini ketinggalan dalam bisnes ini.

Bagaimana dengan berita sedih mengenai komputer riba Toshiba ini? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version