Site icon TechNave BM

Touch ‘n Go bakal lancarkan bayaran melalui kad NFC, sediakan pelbagai alternatif untuk bayar tol

Dalam masa terdekat ini, kita berharap bahawa kerumitan untuk membayar tol dapat dikurangkan. Touch ‘n Go (TnG) akhirnya mengumumkan pelaksanaan teknologi Near Field Communication (NFC) untuk kad TnG. Bukan itu sahaja, malah kerajaan juga menyatakan tidak lama lagi akan membenarkan orang ramai membuat pembayaran menggunakan mana-mana penyedia pembayaran digital.

Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd Ignatius Ong berkata bahawa kad baharu itu akan membolehkan pengguna menambah baki menggunakan kad berkeupayaan NFC melalui aplikasi TnG eWallet. Perlu dinyatakan bahawa platform pada masa ini tidak membenarkan pengguna menambah nilai kad secara terus menggunakan aplikasi eWallet kerana ia memerlukan pembaca kad khusus untuk melakukan transaksi atas sebab keselamatan.

Tambahan, kerajaan juga bersedia untuk melaksanakan sistem aliran bebas berbilang lorong (MLFF) menjelang 2025. MLFF ialah sistem tol tanpa halangan, tanpa pondok tol dan lorong khusus. Terpulang kepada orang ramai untuk menggunakan sebarang mod pembayaran digital sama ada anda mahu menggunakan Touch ‘n Go eWallet, kad debit, kad kredit, Visa atau Mastercard atau apa-apa jenis sistem pembayaran (elektronik).

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Malay Mail

Exit mobile version