Site icon TechNave BM

Touch ‘n Go eWallet jalin kerjasama dengan Maxis untuk tawarkan fungsi baharu

Perkhidmatan e-dompet tempatan terkenal Touch ‘n Go eWallet telah bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi Maxis bagi menyediakan lebih banyak fungsi buat pelanggan kedua-dua syarikat.

Pengguna Touch ‘n Go eWallet kini boleh membayar bil Maxis atau membeli sebarang produk dan perkhidmatan telekomunikasi Maxis dalam e-dompet tersebut. Pengguna juga boleh menerima diskaun dan tawaran khas dalam Touch ‘n Go eWallet.

Buat pengguna Maxis pula, anda boleh mendapatkan proses pembayaran lebih cepat dengan Touch ‘n Go eWallet eKYC (Know Your Customers) yang akan menggantikan pengesahan TAC sewaktu membuat pembayaran.

Maxis merupakan syarikat telekomunikasi tempatan pertama yang menawarkan perkhidmatannya di dalam sebuah platform e-dompet. Bagi menyambut kerjasama ini, Maxis akan menawarkan pulangan tunai (cashback) sebanyak RM20 untuk pendaftaran Hotlink Postpaid, Maxis Postpaid, Normal Contract dan Zerolution Contract melalui e-dompet itu.

Layari laman web Maxis dan Touch ‘n Go untuk maklumat lanjut tentang dua produk ini. Beritahu kami di Facebook jika anda merupakan pelanggan Maxis atau Touch ‘n Go dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version