Site icon TechNave BM

Touch ‘n Go eWallet kini boleh digunakan di Singapura, tersedia untuk perkhidmatan teksi ComfortDelGro

TNG Digital Sdn Bhd (TNG Digital) iaitu pemilik dan pengendali Touch ‘n Go eWallet hari ini mengumumkan pengembangan pembayaran di Singapura untuk teksi ComfortDelGro. Keupayaan membayar ini hasil kerjasama dengan Alipay+ yang merupakan syarikat pembayaran digital global dan penyelesaian pemasaran dikendalikan oleh Ant Group.

ComfortDelGro ialah pengendali rangkaian teksi terbesar di Singapura yang mengendalikan kira-kira 9,000 teksi di seluruh bandar. Apabila sempadan dan perjalanan antarabangsa dibuka semula, TNG akan terus mengembangkan rangkaian penerimaan pembayaran pada masa akan datang.

Kerjasama terbaharu dengan Alipay+ meluaskan lagi penggunaan pembayaran digital secara global dengan menggunakan Touch ‘n Go eWallet. Sebagai sebahagian daripada kempen promosi untuk meraikan kerjasama baharu ini, pengguna Touch ’n Go eWallet boleh menikmati beberapa diskaun.

Pengguna layak mendapat diskaun segera RM4 dan RM6 daripada jumlah tambang mereka apabila mereka menaiki teksi ComfortDelGro pada aplikasi Touch ‘n Go eWallet sehingga 25 Jun 2022. Diskaun berbeza pada minggu berbeza dan dihadkan pada 300 transaksi pertama setiap hari.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari laman rasmi TNG Digital. Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version