Site icon TechNave BM

Touch ‘n Go eWallet lancarkan GOinvest untuk mudahkan pengguna melabur serendah RM10

Touch ‘n Go Group telah melancarkan GOinvest iaitu sebuah platform pelaburan digital yang boleh diakses melalui aplikai e-dompet Touch ‘n Go eWallet. Ia bertujuan untuk membantu para pengguna e-dompet itu untuk membuat pelaburan secara mudah dan selamat.

CEO TNG Digital Alan Ni berkata GOinvest bertujuan untuk bantu semua golongan rakyat Malaysia untuk melabur dan tidak hanya dihadkan untuk mereka yang mampu membuat pelaburan besar sahaja.

Produk pelaburan pertama yang ditawarkan dalam GOinvest adalah Principal Islamic Money Market Fund yang diuruskan oleh Principal Asset Management Berhad. Para pengguna Touch ‘n Go eWallet berusia 18 tahun ke atas boleh mula melabur dalam produk ini serendah RM10.

Pelaburan ini tidak mempunyai tempoh terkunci (lock-in period) atau had (cap) pada baki pelaburan. Para pengguna juga boleh menetapkan sasaran kewangan mereka seperti untuk perkahwinan, kenderaan, pendidikan atau percutian.

Layari laman web Touch ‘n Go untuk maklumat lanjut mengenai GOinvest atau laman web Principal untuk maklumat lanjut mengenai Principal Islamic Money Market Fund. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version