Site icon TechNave BM

Touch ‘n Go eWallet lancarkan kempen Mai Kita Cashless untuk galakkan transaksi tanpa tunai

Perkhidmatan transaksi digital Touch ‘n Go eWallet telah melancarkan kempent Mai Kita Cashless bagi menggalakkan pembayaran tanpa tunai dalam kalangan para peniaga dan pelanggan di luar bandar. Kempen itu diperkenalkan di Pasar Tani Kekal di Changlun, Kedah dan akan fokus pada masyarakat dalam tiga kampung di sekitarnya.

Tiga kampung tersebut adalah Kampung Baru Changloon, Kampung Paya Nongmi dan Kampung Tradisi Lembah Keriang. Touch ‘n Go memulakan inisiatif ini dengan PayNet untuk menyediakan perkhidmatan transaksi tanpa tunai di kawasan luar bandar.

Sehingga 31 Ogos 2022, para pelanggan boleh membayar sebarang pembelian di Pasar Tani Kekal Changlun dengan Touch ‘n Go eWallet dan mereka akan menerima pulangan tunai (cashback) sebanyak RM5 untuk setiap transaksi melebihi RM10.

Untuk para peniaga pula, mereka yang mendaftarkan diri sebelum 31 Ogos 2022 akan menerima ganjaran RM20 selepas melengkapkan 10 transaksi.

Kempen Mai Kita Cashless akan berlangsung sehingga 31 Disember 2022. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version