Site icon TechNave BM

Touch ‘n Go eWallet perkenalkan fungsi Device2Cash, mudahkan anda jual gajet lama

TNG Digital Sdn Bhd hari ini memperkenalkan fungsi baharu dalam e-dompet Touch ‘n Go eWallet iaitu Device2Cash. Fungsi ini membenarkan pengguna untuk menjual peranti-peranti lama seperti telefon pintar, tablet, komputer riba, jam tangan dan perkakasan gaming.

Untuk mengakses Device2Cash dalam e-dompet TNG eWallet, anda boleh ikuti langkah-langkah di bawah:

Perkhidmatan ini bukan sahaja memudahkan pengguna menjual peranti-peranti lama mereka, malah akan menguruskan sisa-sisa elektronik ini dengan cara yang lebih mesra alam.

TNG Digital bekerjasama dengan Gadget Flow untuk menyediakan perkhidmatan ini. Apabila pengguna ingin menjual sebarang peranti melalui Device2Cash, mereka juga boleh aturkan kutipan gajet dari rumah mereka secara percuma.

Pelancaran ini dilakukan sewaktu acara PRIHATIN Kasih Madani Ramadan hari ini di mana TNG Digital dan Gadget Flow memberikan 100 peranti mudah alih kepada golongan yang memerlukan.

Turut hadir sewaktu acara sumbangan hadiah ini adalah Menteri Komunikasi, YB Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil, bagi menyerahkan peranti-peranti kepada penerimanya.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan fungsi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version