Site icon TechNave BM

Touch n’ Go eWallet Soundbox dilancar, peranti notifikasi bagi setiap transaksi berharga RM59.50

Baru-baru ini, Touch ‘n Go (TnG) telah memperkenalkan sebuah peranti iaitu Soundbox yang memberitahu notifikasi bagi setiap transaksi tanpa pemilik perlu memeriksa aplikasi TNG eWallet. Peranti ini direka khas bagi membantu peniaga di luar sana.

Walaupun Soundbox ialah peranti berjenama TNG eWallet, syarikat itu berkata ia secara amnya boleh menyokong mana-mana platform pembayaran di luar sana yang menggunakan DuitNow QR. Demo video ringkas ini memberikan gambaran yang lebih jelas tentang fungsi utama peranti:

Namun, Soundbox tidak dapat memberikan notifikasi transaksi yang gagal atau belum selesai. Memandangkan ia bertujuan untuk menyokong pembayaran digital, peranti itu perlu disambungkan dalam talian sama ada menggunakan keupayaan rangkaian mudah alih terbina dalam atau melalui rangkaian Wi-Fi.

Setiap unit telah diprogramkan ke QR perniagaan khusus pedagang. Sementara itu, peniaga boleh memilih untuk mendapatkan peranti dengan kad SIM khusus yang mempunyai tempoh langganan selama 12 bulan atau peranti sahaja. Pakej Soundbox dengan kad SIM berharga RM139.50 manakala peranti sahaja berharga RM59.50.

Peniaga yang ingin mendapatkan TNG eWallet Sounbox boleh membelinya terus dalam aplikasi eWallet TNG. Untuk pengetahuan, hanya 500 unit yang tersedia untuk pembelian pada masa ini. Adakah anda berminat untuk memiliki peranti Soundbox ini?

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Touch n’ Go

Exit mobile version