Site icon TechNave BM

Touch n’ Go lancarkan kad prabayar Visa tanpa nombor siri pertama di Malaysia

Touch ‘n Go eWallet telah membentuk perkongsian strategik dengan Visa untuk melancarkan kad prabayar Visa corporate social responsibility (CSR) pertama di Malaysia. Reka bentuk kad Visa mengambil karya seni daripada Damien Wong iaitu artis berbakat dari United Voice yang disahkan menghidap autisme pada usia muda.

Kad Visa berkaitan CSR Touch ‘n Go eWallet ialah kad tanpa nombor pertama di Malaysia yang memberikan privasi yang lebih kukuh dengan kawalan keselamatan kad yang dipertingkatkan. Pengguna dapat membuat pembayaran walaupun membeli daripada peniaga yang tidak mempunyai kod QR Duitnow.

Kad itu juga membenarkan pengguna mengeluarkan wang tunai di mesin juruwang automatik (ATM) dan melakukan pembayaran dalam talian serta luar talian termasuk transaksi antarabangsa. Pengguna juga boleh memilih tetapan pembayaran yang fleksibel melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet.

Pengguna Touch ‘n Go eWallet boleh memohon kad Visa melalui aplikasi eWallet. Mereka hanya perlu membayar kos penghantaran RM5 untuk kad tersebut. Untuk maklumat lanjut dan kemas kini perkhidmatan , layari laman rasmi Touch n’ Go.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kad visa terbaharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version